PETA
I-THINK PUNCA-PUNCA STRESS
2.0 PENGENALAN .
Guru merupakan insan biasa yang menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk
membimbing, mendidik dan membentuk individu menjadi insan yang kamil seperti
yang dihasratkan dalam falasafah pendidikan guru dan falasafah pendidikan
Negara. Dengan kata lain guru yang berkesan adalah menggalas tugas sebagai
murabbi kepada anak-anak didiknya. Dari dahulu sehingga hari ini cabaran guru
dalam memenuhi tuntutan keguruan, komuniti, ibu bapa, pihak pengurusan sekolah
dan kementerian pendidikan adalah amat mencabar. Guru bukan sahaja berhadapan
dengan perubahan sukatan pelajaran malah dasar pelajaran sering berubah dari
masa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembangunan insan selaras dengan
kemajuan teknologi pendidikan dunia dan kemajuan pembangunan modenisasi dunia
itu sendiri. Selain daripada penekanan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran abad 21, pada hari ini guru dibebani dengan pelbagai program
pendidikan dalaman dan luaran sekolah untuk meningkatkan martabat pendidikan
itu sendiri.
Bagi merialisasikan kehendak kementerian pendidikan dan mencapai kejayaan yang
cemerlang pelajar maka guru perlu memiliki kendiri yang kental dan unggul ,
sikap keguruan yang cemerlang dan percambahan ilmu dalam pelbagai bidang
pendidikan. Ini kerana proses melaksankan tugas dan tanggungjawab semakin
menemukan pelbagai halangan, kesempitan waktu dan perselisihan pendapat antara
guru dan pihak pengurusan. Amalan kendiri yang lemah menyebabkan guru mengalami
pelbagai tekanan atau stres.
Stress mengikut pendapat Kyriacou (2000) adalah merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasan sebagai guru. Maka secara
amnya stres merupakantindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara
atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidak keimbangan diri berlaku.
Kadangkala apabila kita menghadapi bahaya, dengan spontannya badan akan
bertindak menangani keadaan bahaya tersebut. Sebagai contoh apabila dalam
situasi kecemasan sesorang boleh bertindak cepat menekan siren api untuk
menyelamatkan kebakaran. Walau bagaimanapun stres yang berlebihan tidak mudah
ditangani oleh seorang guru, tekanan kerja yang tinggi dan permasalahan
keluarga seseorang guru boleh mengalami stress yang akan menyebabkan
kemerosotan kesihatan, komunikasi, perasaan , produktiviti dan seterusnya
menjejaskan kualiti kehidupan guru itu sendiri.
Manakala istilah
"burnout" yang diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) menggambarkan
sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu
membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti
kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir
(akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal
mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Pines (1993), semua individu akan
mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang
memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan
motivasi yang tinggi. Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang
konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis
(subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi
(emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi
(personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach
dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh
para pengkaji.
Terdapat
beberapa jenis stres yang boleh dijadikan garis panduan kepada guru dalam
menjalani kehidupan sebagai guru dan manusia biasa. Mengikut pendapat Cockburn
(1996) terdapat lima jenis stress yang boleh dialami oleh guru. Antaranya
stress ‘here or now’, stress ‘anticipation’, stres imaginative, stres reaktif
dan stres negative. Stress ‘here or now’ merupakan situasi yang wujud dalam
sesuatu masa contoh guru yang menghadapi peperiksaan dan perselisihan faham
mengakibatkan tekanan emosinya. Stres ‘anticipation’ guru akan bertindakbalas
terhadap sesuatu yang dijangkakan. Contohnya pelaksanaan sukan sekolah, bagi
guru baru yang kurang pengalaman , ianya merupakan tekanan dalam
melaksanakannya. Stress imaginative merupakan situasi individu yang berfikir
tentang sesuatu yang mengerikan dan menakutkan terhadap dirinya.
Stress reaktif , merupakan stress yang berlaku
akibat kisah lampau yang dilaluinya sering menghantui dirinya yang kadangkala
sebagai proses pemulihan.dan yang kelima stress negative merupakan sesuatu yang
memuncak dalam tempoh masa tertentu seperti, hari, minggu dan tahun, sebagai
contoh kewangan yang tidak mencukupi untuk menanggung keluarga. Kesemua stres
yang dinyatakan dapat ditangani berdasarkan kepada kesediaan kendiri dan
pengurusan emosi individu sewaktu melaluinya.
Guru
yang bersikap positif terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam dirinya dan
tugasan yang diamanahkan kepadanya dapat menangani kepelbagaian stres dan
pengurusan emosi ini dengan keseimbangan diri dan persekitarannya . Ilmu
keagamaan, kecerdasan fizikal dan mental dalam kendiri positif guru,
pengurusan kestabilan emosi dapat menangani stress yang dihadapi
oleh individu bergelar guru.
Terdapat banyak punca stres
yang sering mengganggu emosi dan kehidupan para guru pada hari ini. Antaranya
akan diterangkan dalam peta minda punca guru stress. Rajah menunjukkan peta pemikiran I-Think (
peta buih) yang menjelaskan punca guru stres.
Berdasarkan peta pemikiran I-Think
yang dilakarkan di atas terdapat beberapa punca stress dikalangan guru di
Negara ini. Menurut Statt (1981) . stress merupakan ketegangan fizikal dan
psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa yang boleh menggugat keupayaan
individu untuk mengendali sesuatu tindakan. Ianya mencakupi ketidakupayaan
memenuhi tututan persekitaran yang menjadi gangguan kehidupan seseorang. Juga
ianya berlaku kerana perubahan dinamik menjadi punca individu berdepan dengan
masalah, kekangan masa dan desakan hidup. Kadang kala peristiwa atau keadaan
persekitaran seseorang juga boleh mendatangkan impak negative atau positif
kepada individu. Tindak balas luaran yang menggagu fizikal dan mental juga
tindak balas kimia dalam tubuh. Sebarang tekanan yang timbul mengakibatkan
kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu dalam proses kehidupan
mereka sehari-hari.
Antara punca stress yang akan dibincangkan di sini seperti ;-
2.1 Konsep kendiri
dan status
Dalam arus pembangunan pendidikan abad 21 ini , bidang keguruan merupakan
antara kerjaya yang dikatakan mempunyai tekanan yang tinggi terhadap
diri. Ramai beranggapan bahawa bidang keguruan merupakan bidang yang mudah dan
memiliki cuti yang panjang berbanding kerjaya yang lain, pada peringkat awal
mereka menerpa bidang pekerjaan. Namun realitinya apabila mereka memasuki
bidang keguruan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Cuti guru yang panjang
, sebenarnya bukanlah cuti sebenar, kerana dalam masa cuti guru-guru juga
diarahkan menyelesaikan tugasan yang tertunggak dan merancang plan pembangunan
pendidikan sekolah untuk sesi berikutnya. Tanggungjawab ini digalas oleh guru
secara paksa rela. Memandangkan perancangan untuk bersama keluarga telah diisi
dengan tugasan di sekolah. Situasi ini menyebabkan golongan guru menghadapi
tekanan. Hakikatnya guru merupakan insane yang perlu sentiasa ikhlas dan
sanggup berkorban apa sahaja untuk memartabatkan dunia pendidikan setanding
dengan pembangunan Negara bangsa.
2.2 Mengawal disiplin
sekolah.
Sebagai seorang guru peranannya bukan sahaja sebagai pengurus proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ianya merangkumi pembentukan kendiri ,
kognitif dan efektif murid. Sebagai manusia biasa ada kalanya guru dapat
menerima tingkah laku dan disiplin murid dengan seadanya, sebagai invidividu
yang sedang rancak menikmati perubahan diri dan persekitarannya . Ini kerana
murid mengalami unjuran proses kematangan. Terkadang disiplin yang dizahirkan
dalam dirinya secara tidak terancang boleh menyebabkan emosi guru terganggu dan
mengalami stress yang negetif. Kekangan peranan seperti inilah menyebabkan guru
merasakan bahawa terlalu banyak situasi yang perlu dihadapi dan diselesaikan
dalam pada masa yang sama dengan pelaksanaan pembelajaran murid.
Situasi ini juga lebih memberi stress kepada guru-guru disilpin khususnya yang
perlu membahagikan masa dan bekerja sama dengan pihak pengurusan sekolah unit
Hal Ehwal Murid dalam mendisiplinkan diri murid agar tidak menimbulkan sebarang
isu negative di kawasan sekolah seperti peras ugut, pergaduhan, masalah ponteng
dan sebagainya. Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta kehadiran
murid ke sekolah mencapai 90% juga melibatkan disiplin kehadiran murid yang
menyebabkan guru rasa strees kerana ketidakhadiran murid menyebabkan guru kelas
terpaksa memberi alasan dan tunjuk sebab kepada pihak pentadbir. Bagi guru yang
menganggap situasi ini sebagai lumrah kendiri murid yang dipengaruhi oleh
persekitaran mereka ianya situasi normal dan dapat dihadapi dengan tenang.
2.3 Tekanan dan beban kerja.
Berdasarkan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikan abad 21 ini. Guru-guru
disaran untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan garis panduan
pendidikan alaf 21. Sukatan pelajaran yang berubah kandungannya seperti
kandungan sukatan pendidikan pendidikan Jasmani, Sejarah bagi murid sekolah
rendah di tahap 2. Menyebabkan guru-guru perlu merungkai semula segala
topik-topik dalam isi kandungan sukatan sebagai persediaan guru menghadapi
pengajaran dan pembelajaran bersama murid di dalam bilik darjah.
Selain tugasan penyampaian
pembelajaran murid , guru juga perlu menyediakan senarai nama murid ,
melengkapkan polia murid, melengkap kehadiran, rekod kebersihan dan keceriaan
kelas. Mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif , selamat dan selesa agar
murid rasa seronok untuk hadir dan menjalani proses persekolahan. Penyediaan borang-borang
peribadi murid, kad kesihatan murid. Walaupun tugasan ini diagihkan secukupnya
antara semua guru di sekolah. Namun hakikatnya hari ini kerja-kerja teknikal
dan perkeranian ini amat memberi impak yang besar kepada jiwa dan tingkah laku
guru yang boleh menyebabkan guru rasa strees dan terganggu urusan atau
perjalanan kehidupan sehariannya.
2.4 Sikap buruk murid.
Era pembanguna dunia global hari ini memberikan impak besar kepada sikap dan
personaliti murid dimana murid mudah terdedah dengan pelbagai sikap dan tingkah
laku yang negatif. Sikap dan personality ini bukan sahaja datangnya daripada
pengaruh rakan sebaya malah pengaruh persekitaran dan media masa. Faktor ibu
bapa yang meletakkan tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing
anak-anak mereka merupakan komponen stress guru sering terganggu. Sikap
dan kendiri murid bergantung kepada pembentukan peribadi yang dihasilkan di
sekolah. Sedangkan peratus masa murid di sekolah adalah lebih sedikit
berbanding dengan peratus murid di sekolah.
Hari ini kebanyakkan murid
lebih menumpukan kepada pencapaian dalam pendidikan berbanding pembentukan
sahsiah yang sempurna. Ramai murid yang berjaya tetapi tidak mempunyai sikap
dan keperibadian yang unggul. Tidak menghormati guru, kerja sekolah tidak siap,
menconteng dinding dan peralatan bilik darjah. Sikap inilah menyebabkan
kemerosotan ahlak murid yang menyebabkan para guru terus dibebani dengan
tunggakan kerja sebagai kaunselor kepada murid yang bermasalah ini. Selain
bimbingan kendiri dalam bilik darjah guru perlu menambahkan program sampingan
sekolah dengan mengadakan program motivasi sebagai satu program Bina Insan
Sekolah. Biarpun sebilangan guru akur dan redha dengan gangguan ini namun
secara tidak langsung ianya memberi impak kepada perkembangan pembangunan
profesion keguruannya.
2.5 Konflik peranan tidak
jelas.
Era pendidikan abad 21 ini terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas oleh
insan guru. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 hingga 2025
guru disaran melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk
pembinaan model insan cemerlang. Hari ini institusi pendidikan seprti sekolah
menuntut para guru bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain
menzahirkan kod mereka dalam setiap tindakan mereka.kepelbagaian peranan dan
tugasan guru ini sering mengelirukan kefahaman dan amalan keguruan dikalangan
insan guru. Dalam program program kementerian Pendidikan Malaysia di bawah
program NKRA dimana program LINUS merupakan salah satu program yang dilaksankan
diperingkat sekolah rendah tahap satu yang bermatlamatkan murid tahun satu
hingga tahun tiga mesti telah menguasai kemahiran membaca sebelum melangkau ke
tahap dua iaitu tahun empat. Sedangkan memang sisitem pendidikan Negara telah
ada satu program pembangunan pendidikan yang dikenali sebagai program pemulihan
khas yang menjadi teras kepada pelan pembangunan pendidikan, pertindanan
penggunaan modul, pelaksaan kepada murid dan program-program sampingan yang
dilaksanakan menjadi sebilangann guru rasa keliru dan stress. Biarpun situasi
ini berlaku sebagai murabbi para guru yang memiliki intergriti yang unggul
meneruskan khidmat bantu mereka kea rah kecemerlangan individu pelajar dan
memartabatkan sistem pendidikan hari ini.
Memandangkan dalam tempuh yang sama para guru juga disaran membudayakan elemen
integrity dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berilmu
dan berpekerti mulia. Hal ini dikukuhkan lagi dengan saranan Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin
berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan
peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, institusi pendidikan
dan media massa yang kini semakin terhakis. "Penerapan integriti ini
selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap
murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta
menyelesaikan konflik," jelasnya. Itulah guru.
2.6 Tekanan ibu
bapa/penjaga.
Ibu bapa dan penjaga murid
hari ini merupakan ibu bapa yang sibuk memberi penumpuan kepada kerjaya mereka
. Budaya melebihkan kerja daripada tanggungjawab mendidik dan membimbing
anak-anak ke arah pembangunan model insan cemerlang. Ekoran tekanan dan
keperluan hidup yang mencabar ini para ibu bapa juga mengalami kekangan waktu
dan kewajipan dalam melahirkan generasi yang gemilang. Terdapat sebilangan ibu
bapa dan penjaga yang seratus peratus menyerahkan peningkatan sahsiah dan
akademik kepada pihak guru dan sekolah. Melalui peranan yang digalas oleh PIBG
sekolah ramai ibu bapa yang sering mendesak pihak sekolah dan guru-guru khususnya
bagi anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kegagalan murid bermaksud kegagalan pihak
sekolah dan guru dalam mencapai apa yang ditargetkan oleh ibu bapa. Hal ini
banyak berlaku terutama dikalangan ibu bapa kluster , yang memandang kejayaan
anak-anak mereka merupakan saingan hebat kepada murid lain. Sikap dan pandangan
ibu bapa ini amat memberi kesan kepada stress guru dengan mewujudkan pelbagai
program dan melaksanakan pelan pembangunan sekolah agar pencapaian akademik dan
sahsiah murid dapat setangani dengan seiring.
2.7 Pentadbir , pengurusan
dan organisasi.
Organisasi pendididkan sekolah merupakan satu organisasi yang lazimnya
bermatlamatkan kecemerlangan sekolah . Kecemerlangan sekolah berasakan kepada
visi dan misi yang zahirkan oleh para guru di sesebuah sekolah. Organisasi
merupakan penyumbang paling besar stress dikalangan guru. Pentadbir akan
memberi tempoh masa kerja yang singkat kepada guru untuk melihat matlamat dan
keperluan sekolah tercapai. Tugasan yang diberi kepada para guru adalah
berterusan secara kronik. Malah sebilangan guru tidak ada pengalaman dalam
pengurusan program pendidikan sekolah seperti pengurusan Pusat Sumber Sekolah,
yang merangkumi , projek Nilam, Pendidikan abad 21, pengurusan ICT sekolah,
makmal bahasa, pengurusan bilik-biluk khas sekolah seperti bilik muzik, bilik
seni, bilik sukan, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik SAL, bilik
pemulihan khas , prasekolah dan pelbagai lagi ruang-ruang pembelajaran yang
perlu diurustadbir oleh guru bagi memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran
murid.
Tugasan yang terlalu
kualitatif dan kuantitatif ini juga bagi memenuhi perubahan dasar dan
program pendidikan yang drastik. Kesemua faktor ini secara umumnya terus
berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban dan stress guru.
Dipetik daripada Arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009. Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Hashim Anang, menegaskan dalan
kenyataannya bertajuk “Beban guru boleh membawa tekanan perasaan guru.
Peningkatan bebanan tugas guru tugas menyebabkan ramai guru mengalami
tekanan perasaan. Hal ini timbul kerana sekolah sering berfokus kepada
segelintir intividu dalam memberi arahan tugasan harian, mingguan dan tahunan.
2.8. Murid tidak bermotivasi.
Perkembangan dan kemajuan kognitif dan efektif disama antara seorang murid
dengan murid yang lain adalah tidak sama. Terdapat sejumlah murid yang
kurang bermotivasi untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru .
Murid-murid ini tidak punya matlamat dan komitmen yang tinggi dalam pencapaian
pendidikan mereka. Kerja yang dihasilkan murid tidak memenuhi kreatiria yang
dikehendaki oleh guru. Biarpun bimbingan demi bimbingan yang diberikan kepada
murid namun hasilnya masih pada tahap kurang memuaskan. Kesannya pencapainya
menjejaskan prestasi sekolah. Contoh dalam kerja projrk sains, sejarah ,
kemahiran hidup dan sebagainya. Situasi murid yang lemah dan mundur dalam
pelajaran juga sering dihadapi oleh guru khususnya murid pemulihan atau murid
yang belajar dikelas terakhir. Ini memberi impak yang besar kepada stress guru
untuk membuat strategi, kaedah dan teknik yang berlainan dengan murid yang
sealiran atau seusianya.
2.9 Punca Interpersonal.
Keperibadian dan persoliti guru tidak sama antara individu, ada golongan guru
yang mempunyai hubungan positif sesama rakan sekerja, bertukar pendapat dalam
pengurusan bilik darjah, menyelesaikan masalah secara berpasukan dan mempunyai motivasi
diri yang unggu. Namun terdapat juga guru yang stress kerana interpersonal
kendiri yang tidak seimbang. Sering rasa tersisih, rasa tidak berkemampuan
menggalas tugas. Pendapat ini dikukuhkan oleh Azizi Yahya (2007) dimana
terdapat golongan guru yang stress kerana kendiri yang negatif ini. Malah
dibebani juga dengan sikap guru yang memandang rendah terhadap rakan sekerja
tidak mempunyai potensi budaya kerja cemerlang. Penyisihan komunikasi dan
persahabatan terus berlaku sehingga kadang kala berlakunya campur tangan daripada
pihak sekolah bagi mengikis situasi ini berlaku dikalangan guru dan semua warga
kerja sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan rasa tenang dan
bersemangat.
2.10 Persekitaran kerja
tidak kondusif.
Guru dan profesion keguruan bermatlamatkan melahirkan generasi yang berimu dan
beramal. Persekitaran budaya kerja dan tempat kerja itu sendiri yang tidak
kondusif juga menyumbang kepada punca stress guru. Guru tidak diberi peluang
untuk berada dalam suasana kerja yang selesa, ruang pembelajaran yang sempit
kerana bilangan murid yang terlalu ramai sehingga mencecah empat puluh orang
dalam satu kelas. Kelengkapan kelas yang tidak disediakan oleh pihak sekolah.
Pengudaraan bilik guru yang tidak diselenggarakan dengan baik dan terancang. Kemudahan
ICT yang terbatas menyebabkan para guru rasa sukar untuk melaksanakan
tugasannya dengan sempurna.